Gambar

31 Disember 2021 l Jumaat l Lanchang, Pahang - Seramai 10 orang kakitangan FAMA di Zon Pahang Barat (Temerloh, Bera, Bentong dan Raub) terjejas akibat banjir besar baru-baru ini.
Mereka yang terjejas ini disantuni oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA dalam sesi lawatan ringkas beliau di Pusat Khidmat Pemasaran FAMA Lanchang, Temerloh Pahang. Mengambil kesempatan ini beliau dapat menyampaikan sumbangan prihatin dari FAMA berupa kit makanan dan sumbangan lain seperti peralatan persekolahan anak-anak dari NAFAS sempena kempen "Jom ke Sekolah" untuk membantu meringankan sedikit tekanan dan beban kepada mereka yang terjejas.