Gambar

30 Okt 2021 (Sabtu) | 11.00 Pagi | Pejabat FAMA Daerah Padang Terap/Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Lawatan Kerja YBhg. Puan Habshah Binti Ali, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ke Pejabat FAMA Daerah Padang Terap/Pokok Sena, Kedah.
Sempena lawatan kerja tersebut, beliau telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Peserta Program Rezeki Tani 2021. Seramai 4 penerima bantuan peralatan bagi Program Rezeki Tani yang mana bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan peserta  melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran pemprosesan, pengeluaran pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan serta mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan di bawah  Program Rezeki Tani. 
Selesai majlis serahan bantuan peralatan Program Rezeki Tani, YBhg Puan Habshah binti Ali turut meninjau aktiviti pemprosesan Madu Lebah Tualang di Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) dan taklimat berkaitan operasi PMMF telah diberikan oleh YBrs Tuan Haji Isa Bin Haji Hamzah selaku Pengarah FAMA Negeri Kedah.