Gambar

3 Sept 2023 | Ahad | 10.00 Pagi | Program Perasmian Karnival Jualan Mega Agro MADANI | Dataran Bersejarah, Ayer Keroh, Melaka
Salah satu inisiatif yang diambil oleh Kerajaan bagi membantu rakyat ialah dengan melaksanakan Program Jualan Agro MADANI di seluruh negara terutama di kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menjenamakan semula Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) kepada Jualan Agro MADANI.
Program Jualan Agro MADANI ini akan diperluaskan pelaksanaannya dengan sasaran sebanyak 5,000 sesi jualan berakhir Disember 2023 dan sasaran nilai jalan RM 39 juta serta dijangka akan memberi manfaat kepada 6.4 juta isi rumah dengan nilai penjimatan dianggarkan RM11.5 juta.
Sehingga 20 Ogos 2023, sebanyak 1,308 jumlah program telah dilaksanakan di Kementerian/Agensi Kerajaan di seluruh negara dengan nilai jualan RM28.3 juta dan penjimatan sebanyak RM8.49 juta. Jumlah usahawan yang telah menyertai Program Jualan Agro MADANI adalah seramai 20,590 usahawan dengan jumlah 654,000 pengunjung. Ini jelas menunjukkan Jualan Agro MADANI telah mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan rakyat Malaysia terutama bagi golongan B40 dan M40.
YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, “melalui Jualan Agro MADANI ini, ianya dapat menyumbang kepada peningkatkan “accessibility” (kebolehdapatan) dan “availability” (ketersediaan) bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk-produk segar pada kadar harga yang “affordability” (berpatutan).
Melalui Jualan Agro MADANI, komoditi jualan diperluaskan meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan 10 peratus hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih.
Objektif penganjuran Karnival Jualan Mega Agro MADANI pada 30 Ogos hingga 3 September 2023 adalah memberi manfaat kepada usahawan dan pengunjung dimana para usahawan dapt meningkatkan pendapatan mereka menerusi konsep jualan terus tanpa melibatkan orang tengah atau pemborong dan mereka mampu menawarkan harga lebih rendah kepada pengunjung.
Antara tarikan utama yang terdapat di dalam karnival ini adalah Jualan produk agro makanan seperti KPKM membawakan 3,000 ekor ayam, 10,000 papan telur ayam, 3,000 set Kombo MADANI dan 2,000 pek Q-Fish. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang telah disusun bagi menepati setiap lapisan umur pengunjung yang akan hadir seperti Forum Perdana Edisi Merdeka, Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan dan Agensi Kerajaan, Petting Zoo dan lain-lain.
Pelaksanaan program Jualan Agro MADANI akan sentiasa dipantau dan diperluaskan selaras dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023) iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” yang menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan tekad dan meletakkan komitmen yang tinggi dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup.dengan hasrat Kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dengan kos sara hidup yang masih tinggi.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.