Gambar

3 OGOS 2025 | MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2025 | 3 OGOS 2025 | SICC, KOTA KINABALU

Majlis Perasmian Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Bertemakan “Kudrat Kami Menjamin Pertiwi”, HPPNK 2025 menjadi wadah penghargaan kepada golongan peladang, penternak dan nelayan atas sumbangan mereka terhadap keterjaminan makanan negara.

Kluster Industri Asas Tani dan Kluster Empayar Makanan menjadi antara tarikan utama sepanjang penganjuran. FAMA turut memainkan peranan aktif menerusi pelbagai pengisian menarik melibatkan usahawan, jualan hasil tani dan aktiviti promosi produk tempatan.

Terima kasih kepada seluruh warga Sabah dan pengunjung yang memeriahkan HPPNK 2025.

Sampai jumpa lagi di Bumi Sabah!