3 Julai 2025 | Program Bicarawara Bersama YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan | Malaysia Heritage Studio, Ayer Keroh, Melaka.
Gambar
Program Bicarawara bersama YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA telah diadakan pada 3 Julai 2025 bertempat di Malaysia Heritage Studio, Ayer Keroh, Melaka. Program ini menghimpunkan warga kerja FAMA Negeri Melaka termasuk wakil-wakil dari Pejabat FAMA daerah.
Turut hadir mengiringi beliau ialah YBrs. Puan Intan Suraya binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan YBrs. Tuan Haji Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka.
Dalam sesi bicarawara ini, YBrs. Puan Rosilawati telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang 35 tahun perkhidmatan bersama FAMA — menyentuh pelbagai kisah inspirasi, cabaran dan pencapaian yang boleh dijadikan panduan kepada warga FAMA khususnya generasi baharu. Beliau turut menyampaikan amanat agar warga kerja FAMA terus komited, inovatif dan menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi.
Sorotan Utama Program:
• Perkongsian pengalaman 35 tahun dalam perkhidmatan awam bersama FAMA.
• Amanat kepada warga kerja generasi baharu untuk terus mengekalkan budaya kerja cemerlang dan profesional.
FAMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan turut serta menjayakan sesi ini. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi serta dorongan untuk terus maju dalam menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan negara.