Gambar

3 Julai 2022 | 9.00 pg - 1.00 tgh | PPR Ampang Jajar | Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) dan My Rakyat anjuran FAMA sentiasa dinantikan orang ramai. Hari ini bertempat di PPR Ampang Jajar semua gerai jualan telah diserbu penduduk sekitar jam 8.30 pagi dan ada antara produk jualan usahawan telah habis dijual seawal 10 pagi.
Rata-rata pengunjung yang hadir mengambil kesempatan mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang istimewa. Antara lain program ini juga bertujuan menyediakan kepelbagaian barangan keperluan sempena menyambut ketibaan Aidiladha tidak lama lagi.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Jabatan Penerangan Malaysia