29 JULAI 2025 | MAJLIS PENYERAHAN SURAT PERLANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA PENGARAH FAMA | IBU PEJABAT FAMA
Gambar
Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Suraya Binti Mohd Yusof, Pengarah Kanan Bahagian Maklumat Pasaran, atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025.
Majlis menandatangani surat terima dan penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, bersama YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswadi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudirman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA serta YBrs. Puan Intan Suraya Binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan, Pengurusan Sumber Manusia.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah. Semoga terus cemerlang dalam menerajui agenda transformasi industri agromakanan ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing.