Gambar

29 Januari 2022 | RTC Gopeng Perak | Sekitar hari kedua Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) & Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) RTC Perak yang berlangsung bermula 28-30 Januari 2022 dari pukul 10 pagi - 10 malam.
Lawatan 'walkabout' dari Pegawai Daerah Kampar, YBrs En.Khairul Anwar Bin Ramli yang diiringi oleh Pengarah FAMA Negeri Perak, YBrs En.Noorsham Bin Ramly serta Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, YBrs En.Magendran A/L Raman.
Para pengguna LEBUHRAYA UTARA-SELATAN boleh singgah Di #RnR #RtcPerak 
Program menarik menanti anda :-
- Jualan Terus Dari Ladang
- Jualan Produk IAT
- Jualan anak pokok & benih
- Jualan input pertanian
- Kursus reskilling pemasaran rock melon
- Pertandingan memasak
- Pertandingan gubahan
- Pertandingan ukiran buah
Ate, moh ler kome meriahkan lagi program Jualan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL)  & Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) RTC Perak. Kami mengalu alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke program kami. Diingatkan supaya para tetamu mematuhi SOP PKPP dengan memakai mask, menginstall app Mysejahtera, penggunaan hand sanitizer & menjaga penjarakan sosial.