Gambar

29 April 2022 | Jumaat | 7.30 pagi - 12.00 tengahari | Program Semarak Syawal Peringkat Negeri Sembilan @ Pasar Tani Kekal Bandar Seri Jempol - Pelaksanaan Program Jualan Semarak Syawal ternyata berjaya meningkatkan pendapatan di samping meluaskan luang pasaran hasil pertanian dengan penglibatan 60 usahawan pada hari ini.
Antara pengisian program Jualan Semarak Syawal hari ini :
-Promosi Jualan Daging Segar
-Promosi Jualan Ayam Segar 
-Promosi & Happy Hour Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Sayur Lontong
-Promosi Jualan Mangga Harumanis dan Perlis Sunshine
-Promosi Jualan Produk IKS (Kuih Raya)
-Promosi Jualan Barangan Runcit dan Keperluan Hari Raya 
-Gimik Penyediaan Lemang dan Dodol
-Agihan Lemang dan Dodol Kepada Pengunjung
-Pertandingan Menganyam Ketupat
-Demonstrasi Masakan Rendang Ayam Maman
-Pick Up Point AgroBazaar Online
YB Dato’ Haji Bakri Bin Sawir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sembilan, telah menyempurnakan gimik mengisi beras dan santan dalam buluh lemang serta gimik mengacau dodol dengan diiringi YBrs Encik Abdul Rashid bin Bahri, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA bersama YBrs Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah FAMA Negeri Sembilan serta YBrs Puan Norsalawaty binti Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Institusi Pemasaran.