Gambar

28 Julai 2022 | Khamis | 2.30 petang | Mydin Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu | Program Walkabout YB Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu. Jualan Terus Dari Ladang ( JTDL ) @ Mydin Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
YB Ustaz Hilmi Bin Dato' Harun,  Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu membuat lawatan di program ini yang melibatkan  30 usahawan. Turut hadir, YBrs. En Nukman Bin Hashim, Pengarah FAMA Negeri Terengganu. Antara jualan di program JTDL adalah seperti : -
Jualan Pokok bungan Orkid dan ros 
Jualan Nusery & anak pokok 
Jualan buahan Tempatan
Jualan Produk Industri Makanan
Program usahasama antara pasaraya Mydin Mall dan FAMA ini berlangsung bermula 28 - 30 Julai 2022. 
Pengunjung boleh mendapatkan pokok - pokok bunga dan orkid serta buah-buahan tempatan dengan harga yang berpatutan.
Pelbagai aktiviti menaril turut diadakan kepada pengunjung seperti pertandingan sukan rakyat, Pertandingan Gubahan Buah & Flora, Pertandingan Mewarna Batik dan yang paling menarik adalah jualan Happy Hour, demostrasi cantuman pokok dan klinik penjagaan florikultur
Pengunjung dijemput memeriahkan program yang akan berlansung sehingga hari Sabtu ini. Jom pakak mari..!!
Fama Negeri Terengganu