4 Mei 2026 | Sesi Libat Urus FAMA Bersama Pemain Industri Durian | Ibu Pejabat FAMA, Selayang
Gambar
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama pemain industri durian sebagai platform strategik untuk berkongsi pandangan, mendapatkan maklum balas serta meneliti cadangan daripada pihak berkepentingan.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA bersama pegawai dari bahagian yang terlibat.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh rantaian nilai pemasaran durian, meningkatkan daya saing produk tempatan serta meneroka pendekatan yang lebih bersepadu dalam memperluas akses pasaran di peringkat domestik dan antarabangsa.
Melalui libat urus ini, FAMA menzahirkan komitmen berterusan dalam mendengar secara langsung pandangan pemain industri bagi memastikan pembangunan industri durian negara dilaksanakan secara lebih tersusun, mampan dan berimpak tinggi.
Sesi ini turut melibatkan penyertaan wakil kementerian, jabatan, agensi serta pihak berkepentingan dalam industri durian.