Gambar

27 MEI 2025 | SESI PENYERAHAN LAPORAN AKHIR KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBEKALAN AGROXPORT TAHUN 2024 | BANGUNAN FAMA POINT
Sesi Penyerahan Laporan Akhir ini diadakan bertujuan memperakukan penyerahan secara rasmi laporan hasil kajian yang dijalankan oleh
pihak perunding yang telah siap dicetak. Laporan ini merupakan dokumen penting dalam menilai keberkesanan pelaksanaan projek Pembekalan Agroxport supaya mencapai objektif yang disasarkan.
Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam pelaksanaan kajian ini. Kerjasama strategik antara FAMA dan pihak perunding UTHM ini amat dihargai dan diharap akan berterusan khususnya bagi kajian-kajian pada masa hadapan.