Gambar

27 Mei 2023 | Sabtu | Program New Breed Marketing Enterpreneur (NBME) @Universiti Kuala Lumpur Royal Collage of Medicine Perak (UniKL RCMP) | UniKL RCMP

Program New Breed Marketing Enterpreneur (NBME) @Universiti Kuala Lumpur Royal Collage of Medicine Perak (UniKL RCMP) yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tn.Haji Noorsham Bin Ramly Pengarah FAMA Negeri Perak. 
Turut hadir bersama Y.Bhg En. Ahmad Zakuan Bin Khairuddin, Timbalan Pengarah dan Ketua Bahagian Jaringan Antarabangsa, Industri dan Institusi UniKL RCMP. Majlis ini turut melibatkan seramai 200 orang pelajar.
NBME merupakan program yang menggunapakai konsep reseller / dropship agent dan menggunakan portal Agrobazaar Online sebagai platform utama. Program ini juga melibatkan kerjasama antara pihak FAMA dan juga pihak Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA / IPTS) yang berminat. 

Ia dirangka untuk memberi pendedahan kepada golongan muda yang kekurangan pengalaman dan modal untuk menceburi perniagaan atas talian dan menjalankan pemasaran secara online.