Gambar

27 Julai 2023 | Khamis | Program Libat Urus YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Pegawai Pengembangan KPKM di Negeri Sembilan & Selangor | Klana Resort, Seremban
Program Libat Urus YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Pegawai Pengembangan KPKM di Negeri Sembilan & Selangor telah diadakan pada hari ini.
Sesi libat urus ini merupakan satu platform kepada YB Menteri KPKM bagi menyampaikan amanat dan mendapatkan input dari semua pegawai pengembangan Jabatan dan Agensi KPKM di Negeri Sembilan & Selangor.
YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA bersama YBrs. Encik Shahlan Bin Kusaseh, Pengarah FAMA Negeri Sembilan dan YBrs. Puan Aiada Binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA Negeri Selangor, turut hadir dalam program libat urus YB Menteri KPKM yang diadakan pada hari ini.