Gambar

26 September 2023 | Selasa | Perasmian Konvensyen Himpunan & Deklarasi Usahawan Agro Madani (Khidmad) FAMA Tahun 2023 | Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan
Seramai 500 orang usahawan yang mewakili 69,001 usahawan pemasar tani bimbingan FAMA seluruh negara telah hadir di Institut Latihan FAMA di Port Dickson, Negeri Sembilan bagi menyatakan tekad mereka dalam membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam menyediakan ketersediaan bekalan agromakanan terus kepada rakyat menerusi program Jualan Agro Madani, Pasar Tani, Agrobazaar dan lain-lain.
Konvensyen ini merupakan platform untuk mengumpul usahawan bagi membina rangkaian pemasaran dan perkongsian maklumat di antara kerajaan dan usahawan melalui dialog serta perbincangan. Selain itu, konvensyen ini juga merupaka platform penghargaan kepada para usahawan pemasar tani bimbingan FAMA di atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan kepada negara.
Sebelum ini, telah berlangsung mini konvensyen bagi zon selatan pada 20 Ogos 2023 di Melaka, zon tengah yang berlangsung di Perak pada 28 Ogos 2023, zon utara di Pulau Pinang pada 5 September 2023 dan zon timur yang telah dilaksanakan pada 19 September 2023 di  Terengganu bagi tujuan pelaksanaan yang sama.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.