Gambar

26 Mei 2025 | Kunjung Hormat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) Ke Atas Pengerusi FAMA | Ibu Pejabat FAMA
Hari ini FAMA telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) yang diketuai oleh YM Prof. Dato’ Dr. Hj. Tengku Mahmud Bin Mansor, Presiden PEYATIM. 
Kunjungan ini menjurus kepada strategi pemasaran hasil pertanian yang bakal diusahakan oleh PEYATIM di atas tanah seluas 1,100 ekar di Terengganu. Ini merupakan satu inisiatif besar yang bukan sahaja menjana hasil, malah memperkasa ekonomi anak-anak yatim serta komuniti setempat.
FAMA komited untuk memberi sokongan dari segi akses pasaran, pembangunan rantaian nilai dan bimbingan teknikal, agar hasil pertanian yang diusahakan nanti mampu menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.