27 Mac 2023 | Fama buka tiga bazar Ramadan di Sabah, tawar harga berpatutan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), membuka tiga lokasi Bazar Ramadan di Sabah, bagi memberi peluang kepada orang ramai membeli pelbagai juadah berbuka puasa pada harga berpatutan. Timbalan Menterinya Chan Foong Hin berkata tiga lokasi berkenaan ialah di Asia City, Taman Putera Jaya Telipok dan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, dengan melibatkan seramai 131 penjual. “Saya melihat sambutan terhadap Bazar Ramadan pada kali ini cukup baik, dengan kehadiran ramai pengunjung tidak kira yang beragama Islam atau tidak…ini menunjukkan sektor ekonomi kita semakin rancak berbanding pada tahun-tahun lepas, selepas negara dilanda COVID-19.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.