Gambar

26 Jun 2024 | Rabu | Lawatan Kerja Pengerusi FAMA ke Pusat Memproses Makanan FAMA Puchong Jaya (Kopiesatu) | Puchong Jaya, Selangor
YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA hari ini membuat lawatan kerja ke Pusat Memproses Makanan FAMA Puchong Jaya (KopieSatu).
Lawatan kerja ini dibuat bagi melihat pengoperasian Pusat Memproses Makanan FAMA Puchong Jaya ini serta perbincangan berkenaan pelan pemasaran jenama Kopiesatu. Taklimat berkenaan Kopiesatu telah disampaikan oleh YBrs. Encik Murali A/L Sathiarao, Pengurus PMMF Puchong Jaya.
Turut hadir YBrs. Encik Mohd Faizul bin Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, YBrs. Encik Abd Rahman bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, YBrs. Puan Wan Nora bin Wan Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Industri Makanan Dan Asas Tani (IMAT) FAMA dan YBrs. Puan Aiada binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA Negeri Selangor.