26 Februari 2025 | Rabu | Jualan Agro Madani @ SUK Perak
Pada hari ini telah berlangsungnya Program Jualan Agro Madani (JAM) @ SUK Perak yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Antara komoditi yang ditawarkan dalam jualan ini termasuk ayam, ikan, daging, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan kawalan, serta keperluan runcit harian. Penerima manfaat utama program ini adalah petugas di Pejabat SUK, kakitangan pejabat sekitar, serta penduduk setempat yang dapat membeli keperluan harian dengan harga lebih berpatutan. Hadir sama, YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Negeri Perak, YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik. Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA dan YBrs. Puan Azleena Binti Zainal Abidin, Pengarah FAMA Negeri Perak, EXCO- EXCO Kerajaan Negeri Perak, Ketua & wakil Jabatan serta agensi terlibat. Diharapkan program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat dan memberi kesan positif kepada rantaian bekalan makanan di negeri ini. Terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, EXCO Pertanian Negeri Perak, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, MARDI, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Sekretariat Usahawan Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan sebagai rakan strategik FAMA dalam menganjurkan Program Jualan Agro Madani ini.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.