Gambar

25 Ogos 2023 | Perasmian FAMA FEST @ Terengganu 2023 | KTCC Mall, Kuala Terengganu, Terengganu
FAMA Fest @ Terengganu akan berlangsung selama lima (5) hari bermula 25 sehingga 29 Ogos 2023. Program yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA. 
Terdapat  Jualan Industri Makanan Asas Tani (IMAT), Jualan Agro Madani, Jualan Makanan Popular Negeri, Jualan Florikultur dan Orkid, Jualan Karavan Food truck dan Jualan Agrobazaar Online.
Antara wow factor adalah program Kendurian, Jualan Agromadani dan Jualan Bakul Madani. Turut dibawakan sebanyak 450 jenis varieti orkid dan 500 jenis jualan anak pokok. Terdapat juga makanan popular dari pelbagai negeri antaranya Laksa Sarang dari Perak, Laksa Beringin dari Pulau Pinang, Puding Raja dari Pahang dan Bihun sup utara dari Kedah.
Pengisian lain juga menawarkan pelepasan anak penyu merdeka, Corporate Social Responsibility (CSR) membersihkan pantai, penghasilan ‘belede’ jalur gemilang, pertandingan rekacipta sains dan awesome science, cermah agama, JD Korner, permainan tradisional, persembahan wayang kuit dan persembahan dikir barat.