Gambar

25 Mac 2025 | Selasa | Kerjasama FAMA dan Mygrocer Wilayah - Program Agihan Sumbangan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan 1446 H | Ibu Pejabat FAMA

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Sebagai tanda keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki, satu Program Agihan Sumbangan Bubur Lambuk telah diadakan khusus untuk kakitangan FAMA. Inisiatif ini digerakkan oleh FAMA dan Mygrocer Wilayah bagi menyemarakkan budaya sedekah dalam bulan yang mulia ini.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Rashid Bahri, Ketua Pengarah FAMA serta YBrs. Puan Habibah Binti Sulaiman, Pengarah Kanan Bahagian Galakan Pasaran & Kepenggunaan bersama wakil daripada pihak penyumbang dan warga FAMA yang hadir untuk memeriahkan program ini.
Semoga sumbangan kecil ini memberi kegembiraan dan keberkatan kepada semua serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam keluarga besar FAMA.