24 Oktober 2025 | Majlis Perasmian Program Sambutan Jubli Intan FAMA Ke-60 Tahun | RTC Perak, Gopeng
Majlis Perasmian Program Sambutan Jubli Intan FAMA Ke-60 Tahun telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), bertempat di RTC Perak, Gopeng hari ini. Sambutan yang berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025 ini mengetengahkan tema “60 Tahun FAMA: Pemacu Pemasaran, Menjamin Kedaulatan Makanan” sebagai simbol enam dekad kecemerlangan FAMA dalam memperkukuh rantaian pemasaran hasil pertanian negara. Majlis turut diserikan dengan tayangan video khas perjalanan FAMA selama enam dekad, gimik pelancaran rasmi sambutan, serta penyampaian Anugerah Ikon Ladang Kontrak 2.0 dan Anugerah Penciptaan Logo Jubli Intan 60 Tahun kepada penerima terpilih. FAMA kekal komited menjadi pemacu utama pemasaran hasil pertanian, memperkukuh produk tMajlis Perasmian Program Sambutan Jubli Intan FAMA Ke-60 Tahun | RTC Perak, Gopeng empatan, serta menjamin kedaulatan makanan negara demi masa depan Malaysia yang makmur dan berdaya tahan.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.