Gambar

24 Okt 2021 (Ahad) | 11:30 pagi | Lawatan kerja Tn Hj Isa Bin Hj Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Kedah ke Pejabat FAMA Daerah Padang Terap/Pokok Sena.
Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk meninjau perkembangan aktiviti dan program di Pejabat FAMA Daerah Padang Terap/Pokok Sena. Turut dibincangkan adalah berkaitan pembukaan Pasar Tani, Pekan Kuala Nerang serta kerja-kerja menarik taraf Taman Madu Kelulut yang mana bila siap sepenuhnya akan berperanan sebagai One Stop Centre bagi aktiviti pengedaran dan pemasaran secara online, disamping pemasaran secara konvensional. 
YBrs Pengarah juga turut meninjau kerja-kerja untuk menyiapkan Kiosk Madu FAMA @ House of Honey sebagai outlet alternatif untuk mempelbagaikan varieti produk madu lebah tualang dan bakal dijadikan sebagai signature produk Negeri Kedah Darul Aman.