Gambar

24 Mei 2025 | Festival Rakan Muda | Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang
FAMA dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Selayang Baru buat julung-julung kalinya telah mengadakan Festival Rakan Muda 2025 di Bandar Baru Selayang hari ini. 
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan hari ini antaranya pertandingan Mobile Legend, Pameran TVET, Jom Tukar Minyak Hitam Percuma, Gunting Rambut Basic Hair Cut Percuma dan lain-lain lagi. FAMA telah membawakan seramai 30 orang usahawan dengan pelbagai jenis jualan makanan, minuman, buah-buahan dan sebagainya bagi memeriahkan program.
Majlis Perasmian dan pelepasan peserta larian OMG Run Rakan Muda telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA. Seramai 500 orang peserta telah menyertai larian sejauh 5km.
Turut hadir memeriahkan program, YBrs. Tuan Haji Isa bin Haji Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta YBrs. Puan Siti Mariam bt Abd Ghani, Timbalan Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan).