24 April 2026 | Kembara Bakti Kepimpinan Dan Pembangunan Bakat FAMA 2026 | Kuantan, Pahang
Gambar
Program Kembara Bakti Kepimpinan dan Pembangunan Bakat FAMA 2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform memperkukuh kompetensi kepimpinan serta pembangunan bakat dalam kalangan warga FAMA.
Program ini menampilkan sesi bicarawara bersama YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA yang dikendalikan oleh Puan Rashiha binti Mamat, Pengarah FAMA Negeri Pahang. Sesi tersebut memberi penekanan kepada kepentingan kepimpinan berteraskan integriti, hala tuju strategik yang jelas serta komitmen berterusan dalam membangunkan bakat dalam sektor agromakanan.
Turut hadir sama Puan Habibah binti Sulaiman, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat FAMA, bersama pegawai-pegawai FAMA.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen FAMA dalam memperkukuh kepimpinan organisasi serta melahirkan warga kerja yang berdaya saing dan berintegriti.