Gambar

23 April 2022 (Sabtu) | Pasaraya Aeon AU2, Setiawangsa | KARNIVAL JTDL (JUALAN TERUS DARI LADANG) MANGGA HARUMANIS PERLIS 2022 - FAMA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis menganjurkan Karnival Mangga Harumanis Perlis di AEON Setiawangsa yang bermula pada 22 hingga 24 April ini. Karnival ini akan disertai oleh 20 usahawan dan menumpukan kepada jualan buah Mangga Harumanis dan produk makanan berasaskan mangga seperti coklat, jeruk dan pulut mangga.
Sasaran jualan bagi karnival ini adalah sebanyak RM150,000 dengan kehadiran pengunjung seramai 3,000 hingga 5,000 orang. Antara pengisian aktiviti yang telah dirancang di karnival ini adalah demonstrasi masakan, kempen kenali mangga Harumanis dan lain-lain.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Perlis. Turut hadir, YAB Dato’ Seri Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YBhg. Dato’ Mohamad Mustahapa Bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.