Gambar

23 & 24 Mac 2022 | Negeri Sembilan - Lawatan pemantauan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri ke Projek Pembangunan FAMA Negeri Sembilan. Hadir sama YBrs. Puan Wan Faizatul Aniza binti Ismayatim, Pengarah Kanan Bahagian Perancang Strategik Ibu Pejabat dan YBrs. Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah FAMA Negeri Sembilan.
Lokasi pemantauan projek ;
- 23 Mac 2022, Rabu (Kuala Pilah)
- Lawatan ke Ladang Kacang Panjang & Jagung milik usahawan Ladang Kontrak & Usahawan Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP)
- Majlis menandatangani perjanjian jual beli (Forward Agreement) antara seorang peserta Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) dan 10 pengeluar. 
- Penyerahan insentif peralatan sokongan pemasaran kepada peserta RPKP
- Lawatan ke Pusat Pemprosesan Buah-Buahan Segar FAMA (PPBSF) Kuala Pilah - pemprosesan jagung lerai.
- 24 Mac 2022, Khamis (ILF Port Dickson)
- Lawatan ke Tapak Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknologi bagi tanaman Timun dan Kunyit
- Lawatan ke Institut Latihan FAMA (ILF) Port Dickson.