Gambar

22 Oktober 2022 | Sungai Rambai, Jasin | Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (Jtdlkm)
YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan melancarkan program JTDLKM yang dianjurkan di pekarangan Masjid Al Hasanah, Sungai Rambai, Melaka. 
Terdahulu, Ahmad turut menyerahkan kit MAFI Prihatin kepada 50 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf di kawasan Sungai Rambai.
Turut hadir, YBhg. Datuk Wira Haji Ghazale Bin Muhamad, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA dan Encik Hairudin Bin Yunos, Pengarah FAMA Negeri Melaka.