Gambar

22 Mei 2023 | Isnin | FAMA Bantu Pengaturan Pasaran Bendi Bersama Usahawan RPKP Elak Lebihan Pengeluaran | Rembau, Negeri Sembilan
Satu pertemuan telah diadakan diantara pengusaha tanaman Bendi di Rembau bersama Pengurus Pusat Operasi Seremban, Encik Mohd Afandi bin Abd Hamid hari ini bagi membincangkan pengaturan pemasaran tanaman komoditi bendi yang diusahakan sebanyak 11,000 pokok yang sudah mula dituai bermula hujung bulan April sehingga kini.
Menurut pengusaha,En Erahil Bin Razali ketika ditemui berkata, beliau menemui jalan buntu untuk memikirkan cara bagi memasarkan  hasil bendi kerana kebanyakkan harga yang ditawarkan oleh pemborong dan peraih terlalu rendah dan pembeli sedia ada tidak membuat belian mengakibatkan pengeluaran sedia ada tidak boleh dipasarkan.
Beliau juga turut berasa lega dengan kehadiran pihak FAMA ke kebun beliau bagi melihat sendiri hasil tanaman dan memberikan penerangan ringkas berkaitan struktur harga ladang, borong dan runcit serta situasi maklumat pasaran semasa berkaitan tanaman bendi.
Hasil perbincangan bersama, pihak FAMA telah membantu membuat pengaturan pasaran bagi komoditi bendi milik usahawan bersama usahawan Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) dalam memasarkan hasil bendi beliau. FAMA juga turut menawarkan usahawan untuk berdaftar sebagai peserta Ladang Kontrak KPKM bagi membolehkan usahawan mendapat kelebihan peserta ladang kontrak di samping merancang pelan pemasaran di masa akan datang.
Pihak FAMA berharap supaya semua usahawan pengeluar di Negeri Sembilan dapat mendaftarkan projek tanaman mereka di bawah program ladang kontrak agar rancangan penanaman dapat diselaraskan bersama pengaturan pasaran pada masa akan datang.
Kepada pemborong/peruncit/pengguna yang memerlukan bekalan bendi boleh terus menghubungi pengusaha tanaman.