Gambar

21 November 2023 | Selasa | Kunjungan Hormat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) ke FAMA | Bilik Gerakan,FAMA Point
YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Pengurusan Kanan PKPS.
Kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi tujuan untuk bertukar pandangan serta membincangkan kerjasama dua hala yang boleh dilaksanakan antara PKPS dan FAMA bagi memperkukuhkan dan meningkatkan sektor agromakanan negara.
Turut hadir di dalam perbincangan ini melibatkan Pengurusan Kanan FAMA.