21 Jun 2025 | Majlis Projek Naik Taraf Tamu Rancangan Belia Sook | Sook , Sabah
Gambar
FAMA Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Tamu Rancangan Belia Sook yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan.
Majlis turut menyaksikan penandatanganan dokumen serahan pengurusan Tamu antara pihak FAMA dan Pengerusi Jawatankuasa Tamu Rancangan Belia Sook. Selain itu, YB Datuk Arthur turut menyempurnakan penyerahan peralatan perniagaan kepada para peserta Tamu serta meluangkan masa melawat dan beramah mesra bersama usahawan di gerai-gerai jualan.
Turut hadir mengiringi lawatan ialah YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA Malaysia.
Projek naik taraf ini telah bermula pada 25 September 2024 dan siap sepenuhnya pada 2 April 2025, melibatkan seramai 40 orang usahawan tempatan dari sekitar kawasan Sook yang kini beroperasi di lokasi baharu yang lebih selesa dan teratur.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Pengarah FAMA Negeri Sabah & WP Labuan, YBrs. Encik Mohd Shahrizan bin Mansor, Pengarah Bahagian Institusi Pasaran, Ibu Pejabat FAMA, Puan Welbiah Assun, Pengerusi Jawatankuasa Pasar Tamu, Encik Joseph Gukap, Ketua Kampung Rancangan Belia Sook, Encik Kamlun Pingu, Pengerusi JPKK Rancangan Belia Sook.