Gambar

21 Julai 2023 (Jumaat) | 9.00 Pagi | Pej. Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang, Komtar, Goergetown | Kunjungan Hormat Pengerusi FAMA Ke Hadap Ketua Menteri Pulau Pinang
FAMA yang diketuai Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, bersama Encik Mohd Azraie bin Ramli, Pengarah FAMA negeri Pulau Pinang, telah mengadakan kunjungan hormat keatas YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang pada pagi ini.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan antara FAMA dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta berkongsi maklumat berkaitan program-program FAMA terkini.
Seterusnya Pengerusi FAMA telah menziarahi Balu Allahyarham Mohd Jamil bin Haron di kediaman beliau, bagi menyalurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham.