Gambar

20 Oktober 2022 | Khamis | 7.00 Pagi - 2 Petang | Pasar Tani Keluarga Malaysia (PTKM) Palong Negeri Sembilan| Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM)
Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) DUN Palong anjuran RISDA dengan kerjasama FAMA Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Mohd Salim bin Sharif, Pengerusi RISDA.
Sumbangan 50 Bakul Makanan daripada RISDA dan 150 Kit MAFI Prihatin daripada FAMA telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri kepada 200 golongan asnaf dari kalangan penduduk Palong.
YBhg. Datuk Seri bersama YB Tuan Haji Mustapha Bin Nagoor, ADUN Palong beramah mesra dengan usahawan dan pengunjung semasa lawatan ke gerai jualan serta mengadakan jualan Happy Hour barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, daging, telur, minyak masak dan barangan runcit seperti bawang dan kentang.
PJMKM di PTKM Palong pada hari ini telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM130 ribu melibatkan 20 MT bagi 13 komoditi jualan oleh 25 usahawan FAMA dan 4 usahawan RISDA.
Turut hadir YBrs. Encik Muhamad Rizal Bin Ahmad, Pengarah Risda Negeri Sembilan bersama YBrs. Puan Asmizal Binti Jaafar, Pengarah FAMA Negeri Sembilan.