Gambar

20 November 2025 | Khamis | Jualan Agro Madani Edisi Perak 2025 | Perkarangan Parkir Bangunan FAMA Point, Selayang

Program Jualan Agro MADANI Edisi Perak berlangsung meriah yang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Zolkafly Bin Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Negeri Perak.

Program ini memberi peluang kepada pengguna mendapatkan bekalan agromakanan segar terus daripada pengeluar dengan penjimatan sehingga 30%.

Edisi kali ini menghimpunkan 27 usahawan dari Negeri Perak merangkumi kluster hasil segar, IMAT, dan Empayar Makanan. Penyertaan ini bukan sahaja memperkenalkan produk Perak kepada masyarakat setempat, malah membuka peluang memperluas pasaran serta meningkatkan pendapatan usahawan. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian kesenian budaya Perak oleh penari cilik dari Sekolah Kebangsaan Seberang Perak.

Turut hadir sama YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Puan Azleena Binti Zainal Abidin, Pengarah FAMA Negeri Perak.

Terima kasih atas sokongan anda semua di Program Jualan Agro MADANI Edisi Perak 2025