20 Mac 2025 | Khamis | Lawatan Kerja Ketua Pengarah FAMA Ke Pasar Tani Kekal Seberang Jaya
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, telah mengadakan lawatan kerja ke Pasar Tani Kekal Seberang Jaya bagi meninjau pengoperasian serta beramah mesra bersama usahawan setempat. Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Encik Mohd Sharizan bin Mansor, Pengarah Bahagian Institusi Pasaran, YBrs. Encik Mohd Hafiz bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang, serta Cik Hafisoh binti Darus, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah. Lawatan ini mencerminkan komitmen FAMA dalam memastikan kelangsungan dan keberkesanan Pasar Tani Kekal sebagai platform pemasaran produk tempatan, selaras dengan aspirasi untuk memperkasakan usahawan tani serta meningkatkan daya saing sektor agromakanan negara.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.