Gambar

2 Oktober 2026 | Kunjungan Hormat YDP Majlis Perbandaran Negeri Perlis Ke Atas Ketua Pengarah FAMA | Pusat Operasi FAMA Dengkil, Selangor

YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA telah menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs) di Pusat Operasi FAMA Dengkil, Selangor.

Kunjungan tersebut turut disusuli dengan lawatan kerja ke Pasar Tani Kekal Putrajaya bagi meninjau pengoperasian serta pelaksanaan aktiviti pemasaran melalui platform Pasar Tani.

Turut mengiringi kunjungan dan lawatan tersebut ialah YBrs. Puan Intan Suraya binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan Bahagian Institusi Pasaran FAMA, Encik Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis serta YBrs. Encik Azhar bin Jamaludin, Timbalan Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara FAMA dan Majlis Perbandaran Negeri Perlis, khususnya dalam aspek pembangunan institusi pasaran, pengurusan pasaran serta penyediaan akses pasaran hasil agromakanan kepada masyarakat.

Lawatan ke Pasar Tani Kekal Putrajaya turut memberi pendedahan secara langsung mengenai pelaksanaan aktiviti pemasaran hasil pertanian serta peranan platform tersebut dalam menyediakan akses pasaran kepada pengeluar, usahawan dan pengguna.

FAMA sentiasa komited untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak dalam menyokong pembangunan ekosistem pemasaran agromakanan yang berdaya saing, inklusif dan memberi manfaat kepada masyarakat.