Gambar

2 Oktober 2025 | Kunjung Hormat Persatuan Alumni FAMA Bersama Pengurusan Tertinggi FAMA | Bilik Gerakan, Bangunan FAMA Point
FAMA berbesar hati menerima kunjung hormat daripada Persatuan Alumni FAMA bersama pihak pengurusan tertinggi FAMA. Pertemuan ini menjadi landasan penting dalam mengukuhkan hubungan silaturahim serta membina jaringan kerjasama strategik antara alumni dan organisasi.
Perbincangan yang berlangsung turut menumpukan kepada peluang kolaborasi dalam pelbagai program dan aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada alumni serta warga FAMA. Idea, kepakaran dan pengalaman yang dibawa oleh alumni dilihat sebagai aset berharga dalam menyokong pembangunan organisasi pada masa hadapan.
FAMA amat menghargai inisiatif ini kerana ia bukan sahaja memperkukuh kebersamaan, malah membuka ruang kepada penambahbaikan kebajikan ahli Alumni FAMA serta manfaat bersama yang boleh digembleng secara kolektif.