Gambar

2 November 2026 | Lawatan Pemantauan Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA Terhadap Aset FAMA di Langkawi | Langkawi , Kedah

 

 

 

Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, bersama Pengarah Kanan (Bahagian Pentadbiran), Encik Mohamad Paisal bin Amri serta wakil Unit Aset FAMA Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan pemantauan aset dan premis FAMA di Daerah Langkawi, Kedah.

Lawatan ini turut merangkumi sesi perbincangan bersama pihak Langkawi Permai Sdn. Bhd. berkaitan status premis FAMA di Bangunan Tiara Langkawi. Seterusnya, delegasi turut meninjau beberapa fasiliti FAMA, iaitu Kompleks Kota Tani, Hab Pemasaran Ternakan dan Kiosk Agrobazaar Kompleks Kota Tani.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Puan Mardzrina binti Adam, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan; Encik Adnan bin Abu Bakar, Ketua Unit Kejuruteraan; serta Encik Jamal bin Othman, Ketua Unit Korporat dan Advokasi FAMA Negeri Kedah.

Lawatan pemantauan ini merupakan antara usaha berterusan FAMA dalam memastikan pengurusan aset dan premis organisasi dilaksanakan secara teratur dan berkesan, di samping mengenal pasti aspek yang memerlukan perhatian serta tindakan penambahbaikan.

Semoga usaha ini dapat memperkukuh tadbir urus aset, meningkatkan kecekapan pengurusan fasiliti serta memastikan kemudahan FAMA terus dimanfaatkan secara optimum bagi menyokong kelancaran operasi organisasi.