Gambar

2 November 2026 | Lawatan Kerja Ketua Pengarah ke Pejabat FAMA Daerah Sandakan | Sandakan

YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat FAMA Daerah Sandakan yang turut disusuli dengan sesi taklimat ringkas berkaitan operasi dan pelaksanaan aktiviti FAMA di daerah berkenaan.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Sahanin bin Lobudai, Pegawai FAMA Daerah Sandakan, yang berkongsi maklumat mengenai perkembangan semasa operasi serta pelaksanaan program dan aktiviti FAMA di peringkat daerah.

Lawatan ini memberi peluang kepada Ketua Pengarah FAMA untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai pelaksanaan operasi di lapangan, di samping memperkukuh penyelarasan dan komitmen warga kerja dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi.

Usaha ini penting bagi memastikan fungsi FAMA di peringkat daerah terus diperkasakan, khususnya dalam memperkukuh pemasaran hasil pertanian serta menyokong pembangunan usahawan agromakanan tempatan.