2 Jun 2025 | PEMBUKAAN MINGGU PERTANIAN MAMPAN DI EKSPO DUNIA OSAKA 2025 | Osaka , Jepun
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah merasmikan pembukaan Minggu Pertanian Mampan di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia Osaka 2025. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan iltizam Malaysia dalam memperkasa sektor pertanian mampan menerusi teknologi pintar, dasar strategik negara serta kerjasama antarabangsa, khususnya bersama Jepun. Majlis turut menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan Jepun dengan nilai pelaburan melebihi RM25.73 juta. Usaha ini memperkukuh ekosistem agromakanan negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pertanian lestari serantau.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.