Gambar

19 Oktober 2026 | Sesi Kunjungan Hormat Pengerusi Atlas Pacific Corporation Sdn Bhd Kepada Pengerusi FAMA | Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung, Aras 4, Bangunan FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Aseh bin Haji Che Mat, Pengerusi Atlas Pacific Corporation Sdn. Bhd.

Sesi kunjungan hormat dan perbincangan tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA, dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan), serta pengarah kanan dan pegawai FAMA yang terlibat.

Pertemuan ini merangkumi pembentangan perkembangan projek oleh pihak Atlas Pacific Corporation Sdn. Bhd., perbincangan mengenai kemajuan pelaksanaan projek serta tindakan susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai antara kedua-dua pihak.

Sesi ini menjadi platform untuk berkongsi maklumat, bertukar pandangan dan menyelaras tindakan susulan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara FAMA dengan Atlas Pacific Corporation Sdn. Bhd.

Semoga kerjasama yang terjalin terus diperkasa bagi menyokong pembangunan pemasaran agromakanan negara.