Gambar

18 September 2022 | Selasa | 4.00 petang | Keropok Warisan Losong, Kampung Losong, Kuala Terengganu, Terengganu | Lawatan Ke Premis Keropok Warisan Losong
Lawatan YBhg. Dato' Zainal Abidin Bin Yang Razalli ke premis Keropok Warisan Losong milik Puan Ramlah Bt Awang ( Kak Lah ) bagi meninjau aktiviti jualan usahawan FAMA. Kak Lah telah banyak menyertai program-program anjuran MAFI dan FAMA seperti MAHA bermula tahun 2014 hingga 2022 dan turut menyertai program-program anjuran FAMA Negeri Terengganu seperti Karnival dan Jualan khas.

Dalam lawatan ini juga, Kak Lah berbesar hati memyampaikan sumbangan derma bagi pembinaan Surau Pejabat FAMA Negeri Terengganu yang disampaikan kepada YBhg. Dato' Zainal Abidin sebanyak RM 2,000.00.