18 Oktober 2025 | Lawatan Kerja Pengerusi FAMA Ke Pusat Tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) | Kuala Terengganu
YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) yang diusahakan oleh En. Zaruddin bin Manaf, seorang peserta Ladang Kontrak FAMA sejak tahun 2015. Beliau kini mengusahakan tanaman seluas 15.5 ekar di lima lokasi dengan 52,000 pokok pada satu-satu masa dan mampu menghasilkan anggaran 800 metrik tan setahun peningkatan besar berbanding permulaan sebanyak 3,000 pokok pada awal penyertaan. Lawatan ini bertujuan untuk menyokong usaha promosi Melon Manis Terengganu (MMT) sebagai produk signatur negeri Terengganu yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Turut serta dalam lawatan ini YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA dan YBrs. Encik Muhamad Fadlee bin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.