18 Mei 2025 | Program Kecergasan Dan Sesi Engagement Di Antara FAMA & LKTN | Ibu Pejabat FAMA & Majlis MPS, Selayang
Dengan penuh semangat dan komitmen terhadap gaya hidup sihat serta kerjasama strategik antara agensi, Program Kecergasan dan Sesi Engagement antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah berjaya dilaksanakan. Program ini bukan sahaja menjadi medium untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan warga kerja, malah turut memperkukuh hubungan profesional dan jaringan kerjasama antara kedua-dua organisasi. Melalui penglibatan aktif daripada semua pihak, program ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh kemeriahan, mencerminkan semangat kesatuan serta matlamat bersama dalam menjayakan inisiatif kebajikan dan pembangunan modal insan. YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA hadir dan memberikan sokongan padu, menzahirkan penghargaan terhadap komitmen semua yang terlibat. Kejayaan program ini menjadi pencetus kepada lebih banyak kolaborasi yang akan datang, demi manfaat bersama dan kesejahteraan komuniti organisasi. Turut hadir, YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA dan YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.