Gambar

18 Mei 2025 | Majlis Perasmian Bengkel Pemerkasaan RMK ke 13 Bahagian Padanan Bekalan | Jerai, Kedah

Jerai – YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, telah merasmikan Bengkel Pemerkasaan RMKe-13 Bahagian Padanan Bekalan yang berlangsung di Jerai, Kedah pada 18 Mei 2025. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menekankan tiga fokus utama dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), iaitu Keperluan pegawai dan kakitangan di peringkat lapangan untuk sentiasa proaktif dan bersikap positif ketika berurusan dengan pemegang taruh , Kepekaan terhadap isu-isu semasa bagi membolehkan perancangan penyelesaian yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan semasa, Pelaksanaan program yang realistik, boleh dilaksanakan serta diterima baik oleh semua pihak yang terlibat.
Majlis turut dihadiri oleh Cik Zuriana binti Mat Adam, Pengarah Kanan Padanan Bekalan; Encik Azhar bin Jamaludin, Pengarah Bahagian Padanan Bekalan dan Encik Shaiful Azhar bin Zolkipli, Pengarah FAMA Negeri Kedah.