Gambar

18 Mei 2025 | Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi ) ke Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) | Kuala Nerang Kedah
Kuala Nerang – YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) Kuala Nerang, Kedah pada 18 Mei 2025.
PMMF Kuala Nerang yang telah beroperasi sejak tahun 1996 berperanan sebagai pusat pengumpulan dan jualan Madu Lebah Tualang. Ia juga berfungsi sebagai One Stop Centre bagi pengedar dan pengguna mendapatkan pelbagai produk madu lebah dan produk berasaskan madu.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau kelancaran operasi pusat tersebut serta mengenal pasti potensi pengembangan produk madu bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Puan Wan Nora binti Wan Ahmad, Pengarah Kanan Pasaran Produk Proses, Encik Shaiful Azhar bin Zolkipli, Pengarah FAMA Negeri Kedah dan Encik Hasrol Nizam bin Muhammad Zuki, Timbalan Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA Negeri Kedah.