Gambar

18 Januari 2025 | Promosi Buah-Buahan Tempatan, Pameran Malaysia'Best & GPL Sempena Asean Foreign Minister's Retreat 2025 | Park Royal Hotel, Langkawi, Kedah
Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menjadi hos bagi ASEAN Foreign Ministers’ Retreat 2025 yang berlangsung pada 18 hingga 19 Januari 2025.
Berkesinambungan dengan retreat tersebut, FAMA telah melaksanakan program tersebut kepada delegasi ASEAN yang hadir semasa majlis makan malam. 
Program tersebut bertujuan untuk mempromosikan buah-buahan tropikal Malaysia yang seterusnya dapat meningkatkan permintannya di peringkat global. Selain itu, turut diperkenalkan adalah Malaysia’s Best dan GPL.
Malaysia’s Best merupakan satu pengiktirafan dan penjenamaan nasional kepada simbol kualiti dan keselamatan makanan untuk keluaran pertanian Malaysia yang diperakui berkualiti, selamat serta mencapai standard di peringkat domestik dan antarabangsa.
Antara buah-buahan yang dipromosikan adalah Durian Musang King, Durian Black Thorn, Nangka J33, Nanas MD2, Pisang Berangan, Buah Naga Merah, Pulasan, Rockmelon, Golden Melon dan Jambu Lohan.