Gambar

18 hingga 20 Julai 2022 (Isnin hingga Rabu) | Bengkel Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko FAMA bersama MAMPU | Hotel Mercure, Selayang - Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Perancangan Strategik, Ibu Pejabat dengan kerjasama Bahagian Perundingan Pengurusan 1, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi memberi pendedahan dan perkongsian ilmu mengenai Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko FAMA (2022-2030). Seramai 58 orang kakitangan FAMA Ibu Pejabat terlibat menghadiri bengkel ini.
Bengkel dihadiri oleh dua (2) jawatankuasa yang telah dilantik iaitu Jawatankuasa Pelaksana Pengurusan Risiko (JPPR) dan Jawatankuasa Induk Pengurusan Risiko (JIPR). 
Secara ringkas JPPR ditubuhkan berperanan untuk melaporkan isu-isu berkaitan 
pengurusan risiko manakala JIPR pula berperanan untuk melulus dan memantau pelaksanaan pengurusan risiko.

Dokumen Pelan Pengurusan Risiko FAMA dijangka dapat disiapkan penghujung tahun 2022.