Gambar

18 Februari 2025 | Selasa | Majlis Amanat Tahun Baharu FAMA 2025 | Dewan Bunga Raya, Ibu Pejabat FAMA
Hari ini, seluruh warga FAMA telah berkumpul di Dewan Bunga Raya, Ibu Pejabat FAMA dan menerusi video conference bagi mengikuti Majlis Amanat Tahun Baharu FAMA 2025. 
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan FAMA Di Hati Rakyat, diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Integriti, sebagai simbol komitmen warga FAMA dalam menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dan dedikasi.
Kemuncak majlis menyaksikan amanat yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan diikuti YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA yang mengangkat tema amanatnya “Melestari Hala Tuju FAMA 2025 dalam memacu pembangunan Industri Agromakanan dan Sekuriti Makanan Negara". 
Majlis ini juga menyaksikan pelancaran Logo Jubli Intan FAMA 60 Tahun, menandakan enam dekad kecemerlangan FAMA dalam memperkukuhkan rantaian pemasaran pertanian. Selain itu, penyampaian hadiah kepada pemenang Logo 40 Tahun Pasar Tani dan kempen “Belanja & Menang di ABO 2024” turut menyemarakkan lagi suasana majlis.
Turut hadir, YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA dan YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA.