Gambar

18 Februari 2022 | Kompleks Kilang SME Bank, Bukit Minyak, Bukit Mertajam Pulau Pinang | Majlis "Flag Off" hantaran kontena Produk Syarikat Terang Bulan Sdn Bhd ke Pasaran Shanghai China
6 SKU baru minuman berasaskan kopi dan teh tembusi pasaran Shanghai China, Puan Hazilah berterima kasih kepada agensi kerajaan khususnya FAMA yang banyak membantu memperluaskan pasaran produk serta memberi ruang dalam penyertaan pameran sehingga membuka peluang pasaran ke luar negara.
Majlis "Flag Off" hantaran kontena produk Terang Bulan bagi tujuan eksport ke Shanghai telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohd Azraie Ramli, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang.